PETALING JAYA: Rang Undang-Undang Kredit Pengguna 2025 (RUUKP) dijangka diwartakan hujung tahun ini untuk memberi perlindungan lebih menyeluruh kepada rakyat daripada caj keterlaluan dan amalan kutipan hutang tidak beretika. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga di Dewan Negara pada 4 September lalu dan bakal menjadi undang-undang induk dalam pemantauan kredit pengguna di Malaysia. Menurutnya, setakat ini terdapat enam jenis perkhidmatan kredit pengguna…