KANGAR: Persediaan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dan potensi kerjasama dengan parti lain dijangka menjadi antara isu hangat dalam Muktamar Pas Ke-71 di Kedah dari 11 hingga 16 September ini. Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, keutamaan sudah pastinya terarah kepada PRU16 memandang muktamar tahun ini boleh dikatakan hampir dengan pilihan raya berkenaan. Katanya, perbahasaan antaranya sudah pasti berkait dengan PRU akan datang terutama daripada sudut perkembangan atau persediaan…