Proses perceraian Nora Ariffin dilanjutkan 30 September ini

Proses perceraian Nora Ariffin dilanjutkan 30 September ini

NORA ARIFFIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG BESTARI: “Saya kena akur dan hormati prosedur mahkamah.”

Demikian jawapan Datuk Nora Ariffin, 52, terhadap respons sebilangan besar netizen yang ‘muak’ dengan kes perceraian penyanyi itu yang masih belum menemui titik penamat.

Kata penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu, beliau tidak punya pilihan, selain terpaksa mengikuti proses mahkamah yang terus berlanjutan.

“Ada orang yang tak faham prosedur mahkamah, tapi timbulkan pula pelbagai tuduhan.

“Dalam hal perceraian ini, kita kena ikut prosedur mahkamah,” katanya selepas selesai prosiding pelantikan hakam di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini.

Nora dalam masa yang sama turut berharap kes perceraiannya dengan suami, Dr. Rushdi Ramli segera diselesaikan.

“Memang memenatkan. Tapi ini prosedur mahkamah. Apa pun kena patuh dan hormati.

“Kami harap yang terbaik sahaja. Kalau boleh disegerakan,” ujarnya.

Anak sulung Nora, Muhammad Syakir Iman Johan yang dilantik sebagai wakil hakam dalam prosiding pagi tadi berharap ibunya menerima keputusan terbaik selain menjalani kehidupan yang lebih bahagia.

“Dia dengan Dr. Rushdi okey sahaja. Cuma muncul campur tangan yang mengganggu kebahagiaan mereka,” katanya.

Proses perceraian Nora dilanjutkan pada 30 September ini dengan perbincangan empat mata akan diadakan sebelum tarikh tersebut.

“Prosesnya akan diteruskan kepada hakam mahkamah jika tiada titik kesepakatan dimuktamadkan,” kata Syakir.

Nora dan Dr. Rushdi mendirikan rumah tangga pada penghujung 2021.

Penyanyi berkenaan pada Ogos tahun lepas menggemparkan dunia hiburan tempatan dengan memuat naik video suaminya menjatuhkan talak di media sosial.

Pasangan itu kembali rujuk sebulan kemudian.

Bagaimanapun rumah tangga Nora sekali lagi diperkatakan apabila beliau pada April lepas memfailkam cerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN