KUALA LUMPUR: Projek Ekonomi Madani dijangka mampu menuai hasil tanaman mencecah sembilan tan setahun sehingga mampu menjana pendapatan mencecah RM 604,000 dalam tempoh dua setengah tahun ini. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program itu dilaksanakan oleh pihaknya membabitkan peserta dalam kalangan keluarga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Katanya, program itu akan memberi manfaat kepada warga ATM melibatkan 90 kem seluruh negara yang dilaksanakan secara berfasa. “Pada awalnya,…