KOTA KINABALU: Ibu pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir enggan melakukan bedah siasat walaupun telah diberi penjelasan beberapa kali. Menurut Pegawai Perubatan Forensik, Dr. Logaraj Ratha, 35, beliau juga telah bertemu dengan ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat pada petang 17 Julai lalu yang turut ditemani dengan kakak iparnya, Nur Shira Abdullah dan menerangkan mengenai kepentingan melakukan bedah siasat. Sewaktu penjelasan diberikan, Dr Logaraj memberitahu ibu Zara Qairina dalam keadaan tenang,…