BACHOK: Polis akan memanggil ibu bapa kepada seorang kanak-kanak yang parah dipukul dengan tukul di Jelawat, di sini kelmarin untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut. Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintan Mohd. Azrie Sulaiman berkata, prosedur mengambil keterangan ibu bapa dan saksi kejadian dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001. “Kita juga akan memanggil saksi lain yang berada berhampiran lokasi kejadian bagi membantu siasatan.…