PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang bertindak samseng dengan mengugut seorang wanita selepas melanggar kereta dipandu mangsa pada Jumaat lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun yang juga pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta sedang memandu Perodua Myvi untuk ke tempat kerja melalui Plaza Tol Bangi. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati kereta Perodua Myvi biru dipandu…