MERSING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan khas berjumlah RM100,000 bagi menjayakan Perhimpunan Agung Pengangkap Johor di Tanjung Leman, Mersing yang berlangsung hari ini hingga Rabu depan. Beliau berkata, dana itu diharap dapat disalurkan segera seawal Isnin bagi membolehkan peserta menikmati kemudahan yang lebih baik sepanjang program berlangsung. “Saya tidak mahu seperti orang politik dahulu, umum projek tetapi bertahun-tahun tidak dapat. “Contohnya, masa kecil dahulu diumumkan pemasangan lampu…