PETALING JAYA: Kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan anggota tentera yang sentiasa menjadi benteng utama mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, untuk itu, usaha terus dipergiat untuk mempercepatkan pelaksanaan projek infrastruktur, termasuk Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan pembinaan jeti baharu di Pangkalan TLDM Sandakan, demi keselesaan serta kesejahteraan anggota dan keluarga. “Dalam masa sama, kerajaan juga akan memastikan aset-aset pertahanan diperkukuh serta diperlengkap dengan…