KOTA KINABALU: Usaha tanpa mengenal penat lelah pasukan teknikal Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) berjaya memulihkan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah yang terputus sejak lima hari lalu dan menjejaskan kira-kira 230,000 pengguna. Talian penghantaran 275kV KLPS–SGLD (Line 1) dipulihkan semula sepenuhnya pada pukul 8.10 malam tadi melibatkan penduduk di enam daerah iaitu Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Beluran dan Kinabatangan. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam kenyataan di…