PETALING JAYA: Penyertaan golongan belia dalam Perhimpunan Belia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Amerika Syarikat bukan sekadar simbol semata-mata, sebaliknya perlu bersifat menyeluruh hingga ke ruang pembuatan keputusan. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd. Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, perhimpunan itu menjadi peringatan tentang aspek kebebasan, pendidikan, kesihatan dan perlindungan adalah hak milik semua. Katanya, banyak sekolah, hospital dan ruang awam telah musnah akibat serangan berterusan di Gaza, sekali gus…