BUTTERWORTH: Seorang jurujual kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menipu pelanggannya dengan membuat laporan polis palsu berhubung satu kejadian samun pada 17 September lalu. Tertuduh, Le Chong Seng, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal. Mengikut kertas pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa dengan curangnya memperdaya pelanggan, Teh Hock Kheng, 41, apabila mendakwa dirinya disamun…