PETALING JAYA: Pengeluaran getah asli meningkat sebanyak 36.7 peratus pada Julai 2025 kepada 35,884 tan berbanding 26,249 tan pada Jun 2025. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pengeluaran getah asli merosot sebanyak 5.5 peratus (Julai 2024: 37,960 tan) mengikut pada asas tahun ke tahun. Katanya lagi, pengeluaran pada Julai 2025 terutamanya disumbangkan oleh sektor pekebun kecil (86.8 peratus), berbanding sektor estet sebanyak 13.2 peratus. “Jumlah stok getah…