KUALA LUMPUR: Isu kekecohan pengosongan Kampung Sungai Baru baru-baru ini disebabkan nilai pampasan yang diberikan pemaju kepada penduduk dan bukan disebabkan penolakan terhadap pembangunan.
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, nilai pampasan sekitar RM450 sekaki persegi yang ditawarkan kepada penduduk dianggap tidak adil jika dibandingkan dengan nilai RM1,000 sekaki persegi bersebelahan kawasan milik Penempatan Pertanian Melayu (MAS).
Katanya, kaedah penilaian hartanah oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) tidak konsisten.
“Ini tanah (Kampung Sungai Baru) merupakan lapisan pertama dari Saloma Bridge, betul-betul sebelah KLCC. Paling premium di Kuala Lumpur. Tapi nilai hanya RM450 sekaki persegi? Itu tak masuk akal,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.-UTUSAN










