KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang membenarkan permohonan Toh Puan Na’imah Abdul Khalid untuk merujuk lapan persoalan undang-undang berkaitan pertuduhan gagal mengisytiharkan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Rayuan tersebut difailkan pada 27 Ogos lalu di Mahkamah Rayuan, Putrajaya. Pada 21 Ogos lalu, Hakim K. Muniandy membenarkan permohonan semakan yang difailkan oleh isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin selepas mendapati…










