Pendakwaan lelaki Rohingya bunuh kekasih ditangguh

Pendakwaan lelaki Rohingya bunuh kekasih ditangguh

SEORANG lelaki etnik Rohingya (kanan) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya, bulan lepas.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Mahkamah Majistret di sini hari ini bersetuju menangguhkan prosiding kes membabitkan seorang lelaki etnik Rohingya yang berdepan pertuduhan membunuh teman wanitanya, bulan lepas.

Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit membuat keputusan itu bagi membolehkan seorang jurubahasa dilantik sebelum pertuduhan terhadap Abdul Kader Abdu Rahman, 52, dibacakan semula pada 1 Oktober depan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap seorang warga Myanmar, Ah Me pada Ogos lalu.

Atas pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau dipenjara antara tempoh 30 tahun hingga 40 tahun selain dikenakan tidak kurang daripada 12 kali sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shakila Dahari manakala tertuduh pula tidak diwakili mana-mana peguam.

Dalam pada itu, mahkamah juga tidak membenarkan sebarang jaminan diberikan terhadap tertuduh sementara menunggu sebutan semula kes, bulan depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN