KUALA LUMPUR: Usaha kerajaan memperkasakan ekonomi negara perlu digerakkan seiring dengan usaha memperkukuh budaya, seni dan nilai kemanusiaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua usaha memacu pertumbuhan ekonomi dan memperkasakan budaya, seni dan nilai kemasyarakatan perlu berjalan seiringan. “Teras kita adalah pemerkasaan ekonomi dan kemampanannya, tetapi yang kita hendak bangunkan itu adalah manusia. “(Justeru) pemerkasaan ekonomi mestilah selari dengan pemerkasaan budaya. Kita (perlu) kembangkan nilai insan dan manusiawi…