KOTA KINABALU: Inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir memasuki hari ketiga dan Mahkamah Koroner hari ini akan mendengar keterangan saksi baharu. Saksi tersebut, Nurul Atiqah Mohd Noh merupakan pemeriksa dokumen daripada Jabatan Kimia Malaysia dan saksi kedua inkues. Difahamkan beliau telah memerika empat buah buku milik Zara Qairina dan melakukan analisis terhadap tulisan tangan remaja terbabit. Inkues kematian Allahyarham Zara Qairina diadakan atas permintaan ibu arwah kepada Jabatan…