PETALING JAYA : Pemandu kereta dikesan paling tinggi melakukan pelbagai kesalahan trafik sepanjang kempen advokasi Op Patuh Undang-Undang (OP PUU) yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur selama tiga hari sejak 23 hingga 25 September lalu. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, sepanjang tempoh itu, polis mengeluarkan sebanyak 11,308 notis advokasi membabitkan pelbagai kategori kenderaan dan individu. “Daripada jumlah berkenaan, pemandu kereta merekodkan…