Pelajar Unimap maut, kakak cedera dalam nahas kereta

Pelajar Unimap maut, kakak cedera dalam nahas kereta

ANGGOTA bomba membantu menyelamatkan mangsa kemalangan di Kilometer 257, Lebuh Raya Utara-selatan arah utara di Kuala Kangsar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Seorang pelajar perempuan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) maut manakala kakaknya parah selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 257, Lebuh Raya Utara-selatan arah utara, di sini hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai L. Nimala Shangkeri berusia 21 tahun.

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Nissan Almera dipandu seorang wanita berusia 27 tahun hilang kawalan ketika berada di lorong kanan, lalu terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh penghadang besi dan terbalik di lorong kiri.

Ekoran jarak terlalu dekat, sebuah lori di lorong kiri gagal membrek lalu melanggar kenderaan mangsa yang terbalik di lorong berkenaan.

Sementara itu, Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 8.10 pagi.

Katanya, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Almera yang disyaki terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati pemandu kereta cedera manakala seorang lagi mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh petugas perubatan.

“Mangsa yang cedera diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN