PETALING JAYA: Kira-kira 1,000 pelajar Malaysia di Indonesia dinasihatkan supaya berwaspada serta menjauhkan diri daripada kawasan rusuhan susulan ketegangan yang tercetus di beberapa wilayah negara itu sejak beberapa hari lalu. Pihak Education Malaysia Indonesia (EMI) berkata, notis rasmi kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPMI) di peringkat pusat dan cawangan telah dikeluarkan bagi memastikan kebajikan serta keselamatan pelajar terjamin. Menurut kenyataan itu, semua pelajar diingatkan agar tidak menghampiri atau menyertai sebarang…