KOTA KINABALU: Pelajar A, salah seorang remaja yang sebelum ini didakwa atas tuduhan mengeluarkan kenyataan mencela pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir akan menyambung keterangannya di Mahkamah Koroner, esok. Pada ketika ini, pelajar terbabit masih disoal oleh peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu remaja terbabit, Noraidah Lamat. Bagaimanapun, intipati keterangan Pelajar A tidak didedahkan ekoran remaja bawah umur itu dilindungi Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan media tidak boleh mendedahkan…