PETALING JAYA: Isteri penyerang sensasi Harimau Malaya, Faisal Halim, Nur Syazwani Mizuana Shahril disahkan telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang.
Perkara itu disahkan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Faisal atau nama sebenarnya Muhammad Faisal Abdul Halim, 27, ketika dihubungi Kosmo hari ini.
Selain Akberdin turut mewakili Faisal ialah peguam Puteri Ummi Kartini Abd Latiff.