PETALING JAYA: Pas bersedia untuk bersama dalam apa jua bentuk perbincangan atau konvensyen yang dianjurkan khususnya membabitkan semua parti Melayu di negara ini. Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Pas amat menghargai keterbukaan UMNO yang mengumumkan penubuhan Pasukan Khas bagi meneliti dan memperhalusi Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB). Katanya, langkah berkenaan mencerminkan kesediaan untuk mengkaji secara mendalam implikasi undang-undang tersebut terhadap rakyat. “Pas yakin melalui wadah kesatuan…