PETALING JAYA: Pameran Perkahwinan Malaysia yang bakal berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa bermula Jumaat ini bakal mengangkat warisan perkahwinan enam etnik utama di negara. Program pameran yang merupakan sebahagian daripada Festival Budaya Malaysia 2025 itu akan mengetengahkan budaya warisan perkahwinan etnik Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan Dusun dan Siam. Pengunjung berpeluang melihat sendiri keunikan majlis perkahwinan, pakaian pengantin dan barangan hantaran tradisional yang menjadi simbol adat dan identiti setiap komuniti.…