PETALING JAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyalurkan maklumat penting kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi memperkukuh pelaksanaan Op Rentas, khususnya dalam membanteras masalah integriti dan salah guna kuasa pegawai kerajaan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, maklumat itu meliputi modus operandi sindiket, profiling pegawai berisiko, kelemahan prosedur serta tatakelola kemasukan warga asing. Beliau menegaskan, kes pegawai kerajaan yang curang…










