KUALA NERUS: “Saya tidak sangka dipilih sebagai penerima biasiswa. Ia satu penghargaan besar dan benar-benar memberi semangat baharu untuk saya terus berusaha dalam pelajaran.” Demikian kata Nur ‘Azhiimah Mohd. Ali, 28, pelajar Sarjana Muda Sains Akuakultur dengan Kepujian di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang diumumkan sebagai penerima tunggal Biasiswa Al-Idrisi UMT bernilai RM18,135. Nur ‘Azhiimah berkata, bantuan itu bukan sekadar meringankan beban kewangan keluarganya, malah menjadi dorongan untuk menamatkan pengajian…