KOTA KINABALU: Sehelai kertas yang ditulis oleh pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir yang turut terdapat kesan dipercayai darah dikemukakan di Mahkamah Koroner hari ini. Pada muka surat yang tertulis tarikh 5/1/25 (ada kesan dipercayai darah) terdapat tulisan tangan antara lain menyebut: “Dengan (tulisan tidak lengkap) Bismillah, saya Zara Qairina binti (tulisan tidak lengkap) ingin memutuskan persahabatan (nama tidak jelas).” Di bahagian belakang helaian yang sama pula tertulis perkataan “Aku…