Naim Daniel dibicarakan pada Disember ini

Naim Daniel dibicarakan pada Disember ini

NAIM DANEIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15, 16 dan 18 Disember sebagai tarikh perbicaraan kes membabitkan penyanyi, Naim Daniel yang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Peguam bela, Amirul Ridzuan Hanif, Mohd. Irwan Sumadi dan Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique yang mewakili Naim berkata, pada prosiding hari ini, pihak pendakwaan mengemukakan permohonan agar mangsa dibenarkan memberi keterangan melalui pautan video.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihak pembelaan memfailkan bantahan kerana ketika perbicaraan berlangsung kelak, pengadu tidak lagi berstatus bawah umur dan sepatutnya memberi keterangan secara terbuka di mahkamah.

“Mahkamah menetapkan 17 Oktober depan untuk mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak sama ada menyokong atau membantah permohonan itu. Bantahan yang akan dikemukakan masih tertakluk kepada keputusan hakim pada tarikh berkenaan sama ada diterima atau ditolak.

“Buat masa ini kami sudah boleh mula membuat persediaan untuk perbicaraan. Itu sahaja yang boleh dikongsi setakat ini,” katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah.

Pada 17 Jun lalu, Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun tujuh bulan bagi tujuan seksual pada 19 Mei lalu kira-kira pukul 8.56 malam di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN