MELAKA: Naib Canselor, Ketua Hal Ehwal Pelajar dan Kaunselor Kolej Universiti Manipal Malaysia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan membuat hantaran palsu terhadap seorang pelajar institusi itu, Jun lalu. Tertuduh, Prof. Dr. G. Jayakumar, 63; K. Dachaini, 40, dan J. Lavanyaa, 26, mengaku tidak bersalah sejurus tiga pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah. Berdasarkan kertas pertuduhan, Jayakumar dan Lavanyaa didakwa…










