DUNGUN: Program cabaran larian gunung, Mount Berembun Climbathon Challenge (MBCC) yang menjadi tumpuan pendaki di seluruh negara diperluas ke peringkat antarabangsa dan dimasukkan dalam kalendar pelancongan Terengganu, bermula tahun depan.. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, program tersebut bukan hanya menjadi platform bagi mempromosikan keunikan dan keindahan Gunung Berembun yang mempunyai tiga air terjun semulajadi, malah memperkenal pelancongan sukan bagi membudayakan aktiviti…