Misi GSF: Rujuk sumber sahih, elak anasir bersifat propaganda

Misi GSF: Rujuk sumber sahih, elak anasir bersifat propaganda

SANI Araby Abdul Halim pada sidang akhbar harian Misi Global Sumud Flotilla Sumud Nusantara di Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Sepang. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Semua rakyat Malaysia dinasihatkan merujuk segala info tepat misi konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) pada sumber sahih.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Datuk Dr. Sani Araby Abdul Halim berkata, ia penting bagi menangkis berita palsu membabitkan misi itu selain anasir-anasir yang bersifat sebagai propaganda.

Beliau berkata, pihaknya mahu menangkis sebarang kenyataan-kenyataan yang tidak rasmi yang dibuat oleh penganalisa yang berperanan untuk bersama dengan misi ini.

“Kami dapati ada fakta yang dikongsi itu tidak tepat. Justeru, saya mohon untuk semua memahami bahawa kita berada dalam keadaan yang sangat penting.

“Jadi apa sahaja yang dikongsi di dalam media sosial itu kita mohon untuk berdasarkan kepada Sumud Nusantara Command Centre.

“Ia penting supaya semua pihak tidak panik. Saya dapati ada juga berita kononnya ada cubaan untuk menculik peserta misi. Fakta itu tiada rujukannya,” katanya.

Katanya, jika fakta tidak tepat itu dipercayai, maka ia hanya akan memenangkan pihak rejim Zionis yang menjadikan ia alat untuk menakut-nakutkan misi ini.

Jelasnya lagi, pihaknya mahu rakyat Malaysia supaya terus berdoa demi kesejahteraan dan keselamatan peserta dari Malaysia.

Dalam pada itu, beliau mengakui ada peserta yang membuat perstriman secara langsung melalui media sosial berhubung misi itu.

“Kita mohon untuk mereka bangkit dan menjadi sebagai asbab menarik perhatian negara dan dunia. Mereka juga adalah manusia biasa.

“Mereka juga dikongsikan bahan-bahan tidak rasmi ini dan ia menyebabkan mereka juga menjadi sedikit panik dan moral terjejas. Kita sudah menjangkakan semua ini akan berlaku,” katanya. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN