Menang SUV elektrik selepas beli rumah Matrix Concept

Menang SUV elektrik selepas beli rumah Matrix Concept

PARA pemenang bergambar bersama Kelvin Lee dan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Pembangunan Hartanah Matrix Concept, Chai Keng Wai pada acara Cabutan Bertuah Grand Finale kempen Electrifying Raya Bonanza anjuran Matrix Concepts Holdings Bhd di Bandar Sri Sendayan, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Nasib menyebelahi seorang pengurus pengeluaran kilang apabila dia memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik BYD Sealion dalam kempen Electrifying Raya Bonanza anjuran syarikat pemaju perumahan dan hartanah, Matrix Concepts Holdings Bhd. (Matrix Concept) hari ini.

Ahmad Rosdi Md Yusof, 48, berkata, kemenangan hadiah bernilai RM183,000 itu disifatkan sebagai rezeki di luar jangka.

“Saya sangkakan tidak akan menang, saya sudah beri kepada anak kertas nombor cabutan untuk pegang tetapi apabila diumumkan untuk kali terakhir, saya memang terkejut. Tidak sangka pula saya dapat hadiah utama sebesar ini.

“Buat masa ini saya simpan dulu kereta elektrik ini dan apabila diperlukan barulah guna sebabnya kita perlu juga tahu cara penggunaan kereta elektrik,” katanya ketika ditemui di Bandar Sri Sendayan di sini hari ini.

Katanya, dia layak menyertai pertandingan itu selepas membeli rumah keduanya di Bayu Sutera di sini pada Mac lalu.

Turut memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) elektrik BYD M6 bernilai RM124,000 ialah Dr. Intan Amirah Farahani Amiluddin, 29, dan S. Megaraj, 40,

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts, Kelvin Lee Chin Chuan berkata, kempen Electrifying Raya Bonanza berjaya mencatatkan jualan RM288 juta dengan 428 pembeli rumah layak menyertai cabutan menerusi kempen yang berlangsung dari 1 Mac hingga 31 Mei lalu.

“Sebanyak 128 hadiah eksklusif bernilai RM1 juta ditawarkan. Sambutan luar biasa ini membuktikan keyakinan pelanggan terhadap Matrix Concepts.

“Di sebalik hadiah dan kemeriahan, ia mencerminkan janji kami untuk menyerahkan bukan sahaja kediaman tetapi nilai berpanjangan serta pengalaman yang bermakna,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN