MELAKA: Jumlah penghidap diabetes di Melaka adalah kedua tertinggi di Malaysia iaitu mencatat 20.5 peratus diikuti 29.5 peratus (hipertensi) dan 33.5 peratus (kolesterol tinggi). Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, angka tersebut bukan sekadar data semata-mata, tetapi satu peringatan bahawa isu keselamatan makanan dan pemakanan sihat perlu diberi perhatian serius. Beliau berkata, hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 mendapati, 2.5 peratus…