PETALING JAYA: Kerajaan dicadang mewujudkan undang-undang khas bagi menghalang kanak-kanak bawah umur daripada mendaftar akaun media sosial bagi memastikan mereka tidak terdedah kepada kandungan berisiko termasuk jenayah seksual. Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Dr. Farah Nini Dusuki berkata, penggunaan media sosial tanpa kawalan hanya membawa pelbagai implikasi buruk terhadap perkembangan kanak-kanak. “Satu undang-undang khas perlu diwujudkan demi kepentingan terbaik kanak-kanak. Di Australia misalnya, kerajaan mengenakan larangan…