Mayat lelaki Bangladesh ditemukan dengan kesan tetakan - Utusan Malaysia

Mayat lelaki Bangladesh ditemukan dengan kesan tetakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan mati dengan kesan tetakan pada leher dan dada di kawasan kebun di belakang sebuah ladang kelapa sawit di sini semalam.

Mayat mangsa berusia lingkungan 30-an itu ditemukan oleh orang awam kira-kira pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata, pemeriksaan ke atas mayat mangsa mendapati terdapat kesan tetakan menggunakan senjata tajam pada leher dan bahagian dadanya.

“Polis sedang giat menjalankan usaha untuk mengesan suspek. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh tampil di balai polis berhampiran atau hubungi balai polis Gua Musang di talian 09-912 1222.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Gua Musang di sini untuk proses bedah siasat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN