Masih berbincang, buat pilihan - Fauziah Latiff teliti tawaran anjur konsert - Utusan Malaysia

Masih berbincang, buat pilihan – Fauziah Latiff teliti tawaran anjur konsert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Fauziah Latiff memaklumkan beliau belum membuat keputusan dan masih mempertimbangkan beberapa tawaran untuk mengadakan konsert.

Bukan sengaja melengah-lengahkan perancangan, Fauziah mengakui sedikit selektif terhadap tawaran penganjur yang berminat melaksanakan konsert beliau.

“Buat masa ini, kami masih berbincang dan membuat pemilihan.

“Saya akui agak selektif dalam hal ini sebab saya ini amat mengutamakan keserasian dalam bekerjasama.

“Jadi, perancangan untuk mengadakan konsert hanya akan digerakkan apabila saya berjumpa dengan penganjur yang benar-benar serasi dengan saya,” katanya yang ditemui selepas tayangan telefilem Sri Kandi, baru-baru ini.

Fauziah dalam masa yang sama bersyukur kerana pada usia mencecah 54 tahun, beliau masih menerima tawaran membuat persembahan.

“Saya masih aktif menyanyi. Cuma sekarang ini saya tumpukan kepada persembahan majlis korporat dan makan malam.

“Alhamdulillah, tidak banyak, tidak juga kurang. Tetapi memadai bagi saya,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN