'Masih ada dron pantau kapal GSF'

‘Masih ada dron pantau kapal Global Sumud Flotilla’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masih terdapat beberapa dron yang dipercayai milik rejim Zionis yang melakukan pemantauan terhadap kapal-kapal Global Sumud Flotilla (GSF) yang melakukan misi pelayaran kemanusiaan ke Gaza.

Perkembangan itu dikongsikan oleh seorang peserta GSF, Dr. Taufiq Razif ketika kapal berkenaan masih berlabuh di perairan Greece, yang dijangka menyambung semula pelayaran ke zon merah, hari ini

“Dekat pukul 3 pagi ini, biasa waktu ini dron aktif menyerang. Tetapi Alhamdulillah sekarang ini tenang sangat.

“Ada yang beritahu nampak beberapa dron, tetapi setakat ini semua terkawal.

“Kami masih dalam perairan Greece. Hari ini mungkin bertolak ke perairan antarabangsa. Masa itu debaran akan bermula,” katanya di Thread, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menegaskan tiada kapal Global Sumud Flotilla (GSF) menarik diri daripada misi pelayaran kemanusiaan itu.

Muhammad Nadir yang menaiki bot La Familia berkata, situasi yang berlaku adalah terdapat kapal yang tidak dapat berlayar akibat rosak disabotaj.

“Indonesia pula menarik diri untuk beri ruang kepada delegasi lain sejak di Tunisia lagi,” katanya menerusi perkongsian di media sosial.

GSF yang membawa 1,000 sukarelawan dari seluruh dunia kini sedang belayar merentasi Laut Mediterranean untuk membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dijadual tiba di perairan Gaza pada akhir bulan ini.

Seramai 34 rakyat Malaysia menyertai misi GSF yang berada di bawah panji Sumud Nusantara, diterajui oleh Muhammad Nadir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN