MELAKA: Masalah air surut di Pantai Siring, Umbai yang menjejaskan lebih 50 nelayan dan pengusaha bot pelancong akan ditangani segera. Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, beliau akan mendapatkan laporan penuh daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum tindakan itu dapat dilaksanakan. “Saya masih belum menerima laporan yang tuntas dan akan minta JPS sediakan laporan khusus berhubung perkara ini.…