TUMPAT: Ramai peniaga ayam proses di negeri ini didapati mengambil kesempatan memanipulasi harga jualan bahan mentah itu berpandukan kepada pemakaian atau penampilan dan jenis kenderaan dinaiki pelanggan yang datang ke premis mereka. Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kelantan, Azman Ismail berkata, kes itu turut melibatkan peniaga ayam proses di tepi jalan apabila mereka menetapkan harga lebih mahal berbanding tanda harga yang dipamerkan mengikut penampilan pelanggan. Katanya, peniaga…










