KUALA LUMPUR: Dunia Islam perlu bersatu serta mengambil pendirian tegas terhadap kekejaman rejim Zionis di Gaza. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dunia kelihatan tidak berdaya menangani bencana dan penindasan yang dicetuskan Israel bukan sahaja di Gaza, malah di rantau lain. “Dunia kini berada dalam keadaan huru-hara, sebuah negara menunjukkan kegilaan dan keangkuhan dengan menimbulkan porak-peranda, bencana dan kekejaman di seluruh rantau, dan dunia kelihatan seperti tidak mampu menanganinya,”…