PETALING JAYA: Malaysia mendesak supaya laluan kemasukan bantuan ke Gaza menerusi Global Sumud Flotilla (GSF) atau Sumud Nusantara tidak dihalang oleh mana-mana pihak. Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengeluarkan desakan itu melihat bahawa sebarang halangan hanya akan menambah derita penduduk Gaza yang kini sudah berada dalam keadaan kritikal. “Sebagai penaung kepada inisiatif kemanusiaan Sumud Nusantara yang kini giat…