PETALING JAYA: Malaysia menegaskan komitmen untuk memperkukuh hubungan strategik dengan China menerusi perluasan kerjasama dalam aspek perdagangan dan pelaburan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam Dialog Perniagaan Peringkat Tinggi Malaysia–China di ibu negara China petang semalam, dengan menyaksikan penyertaan lebih 120 syarikat dan konglomerat utama China. Pendirian tersebut sekali gus dapat membuka peluang baharu dalam sektor semikonduktor, nadir bumi, ekonomi biru, pendidikan, penyelidikan dan beberapa bidang lain.…