KUALA LUMPUR: Majoriti rakyat Malaysia menggunakan kenderaan persendirian bawah 1500cc yang mana jumlah penggunaan petrol rendah dan menjimatkan. Berdasarkan data pendaftaran daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 2024 sebanyak 816,742 kenderaan persendirian telah dijual, dan daripada jumlah itu 454,562 buah adalah dari kelas 1,500cc dan ke bawah. Angka ini mewakili kira-kira 56 peratus daripada keseluruhan kenderaan persendirian yang dijual pada tahun lalu dan ia selari dengan penyasaran subsidi petrol RON95…