PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang menyerang bekas Ketua Polis Daerah Besut dengan parang hingga menyebabkan ibu jari kanan mangsa putus, kekal menjalani hukuman penjara tujuh tahun selepas rayuannya ditolak Mahkamah Rayuan, di sini. Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali sebulat suara menolak rayuan Mohd. Nasli Mohd. Nasir, selepas mendapati hujah berkaitan masalah skizofrenia yang dialaminya tidak memadai untuk meringankan hukuman. Turut bersidang ialah Hakim Datuk Azman Abdullah…