ALOR SETAR: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berharap kerajaan negeri meneliti semula projek pembangunan yang melibatkan kawasan sawah berprestasi tinggi di Kota Setar, Kubang Pasu dan Yan. Pengerusinya, Datuk Dr. Ismail Salleh berkata, walaupun pelan pembangunan itu sudah dirangka namun diharapkan tidak menjejaskan kawasan utama yang menjadi nadi pengeluaran padi negara. “Kalau boleh kawasan utama itu yang tinggi hasil janganlah, sayang sekali. Rumah boleh dibina di kawasan lain tetapi sawah…