JERANTUT: “Anak kami masih bernafas tetapi hidupnya seperti terhenti sejak lima tahun lalu.” Itulah luahan Rozita Hamzah, 51, ibu kepada Muhammad Yusshah Danish Yussery, 23, yang koma akibat kemalangan jalan raya di Felda Kota Gelanggi Dua di sini, sejak 2020. Rozita dan suaminya, Yussery Ismail, 54, pasangan generasi kedua Felda kini terdesak mencari dana RM10,000 sebulan bagi meneruskan rawatan anak kesayangan mereka yang terlantar di sebuah pusat perubatan swasta di…