Lelaki Kemboja didakwa dua kesalahan pekerja syarikat penerbangan

Lelaki Kemboja didakwa atas dua kesalahan pekerja syarikat penerbangan

SEORANG lelaki warganegara Kemboja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan kesalahan terhadap dua pekerja syarikat penerbangan di Mahkamah Sesyen Sepang. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang lelaki warganegara Kemboja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan kesalahan terhadap dua pekerja syarikat penerbangan pada 28 September lalu.

Tertuduh, Lin Weida, 41, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa menggunakan perkataan tidak sopan dan kesat terhadap seorang pramugari dalam penerbangan dari Hong Kong ke Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pukul 5.20 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100.

Dalam pada itu, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap Sheikh Muhammad Syafiq Sh. Khalid, pegawai keselamatan Batik Air di bangunan satelite KLIA, kira-kira 7.50 malam.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-dua sekali.

Namun begitu, mahkamah menetapkan prosiding jatuh hukum terhadap tertuduh pada esok di hadapan Mahkamah Majistret kerana kes itu terletak di bawah bidang kuasa mahkamah berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN