PETALING JAYA : Seorang lelaki ditahan selepas mencuri barangan di dalam sebuah kedai serbaneka di Pandan Utama, Ampang untuk kegunaan hariannya. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pasukan Taskforce Balai Polis Ampang semasa menjalankan tugas Ronda Cegah Jenayah menerima maklumat berhubung kecurian itu. Menurutnya, anggota kemudian ke lokasi sebelum bertemu dengan seorang wanita bekerja sebagai Penolong Pengurus di premis terbabit “Kemudian dia membawa anggota bertugas…










