MARANG: Lebih 20 kali berdepan pertempuran dengan pengganas komunis antara detik getir dihadapi seorang veteran Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bergadai nyawa demi keamanan dan keselamatan negara. Danial Ali, 68, berkata, sepanjang lebih tiga dekad berkhidmat dalam pasukan keselamatan itu, dia kerap berdepan serangan hendap musuh malah pernah terpaksa menggali semula lubang berisi sisa makanan untuk terus hidup. Antara operasi disertai adalah Op Junjung Karangan di Kedah, Op Hentam Galas…